Tahukah anda, seorang bayi akan jatuh lebih 240 kali sebelum bayi itu belajar berjalan? Namun bayi tidak putus asa dan terus mencuba bangun dan jalan. Kerana mereka tidak tahu lagi erti putus asa! Namun, kita sebagai dewasa, sudah faham erti kegagalan, dan akan lebih mudah putus asa. Mungkin kita pernah gagal sebelum ini, atau pengalaman kegagalan sangat berat membuatkan kita lebih mudah putus asa. Dan bila gagal, akan rasa down dan negatif. Kegagalan adalah lumrah. Kita akan laluinya dari masa ke semasa dalam hidup, sama ada dalam keluarga, kewangan, perniagaan, masyarakat dan apa sahaja. Berikut adalah 5 cara bagaimana anda boleh bangun dari kegagalan… 1. Ketahui bahawa sesuatu yang berbaloi pastinya tidak mudah! Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, pastinya ianya tidak mudah. Sesuatu yang tinggi nilainya, pastinya sukar untuk kita capai. Seperti peserta pertandingan olimpik. Untuk mendapat pingat emas, usaha dan tenaga yang diperlukan tentunya berlipat-kali ganda b...